1. Sakit adalah kafarah
” Tidak ada seorang muslim yang ditimpai sakit kecuali Allah menggugur dengannya akan kejahatannya seperti pokok kayu menggugurkan daunnya”
Rasulullah SAW : Abdullah
2. Sakit mengangkat darjat
Tidak ada seorang muslim yang dikenai duri atau apa-apa kesakitan yang lebih daripada itu kecuali ditulis baginya (atau di angkatkanya oleh Allah) dengan sebab itu satu darjat atau satu kebaikan dan di hapus daripadanya dengan sebab itu satu kesalahan.
Rasulullah SAW: Aishah
“Jangan kamu memakikan demam kerana sesungguhnya ia dapat menghapuskan kesalahan dosa anak adam sepertimana alat pembakaran tukang besi menghilangkan kekotoran besi”
Rasulullah SAW : Jabir bin Abdulllah
3. Kelebihan sabar dengan penyakit gila (sawan babi)
“Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh
mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu."
Rasulullah SAW : Ata’ bin Abu Rabah R.A
Berkata An Nawawi: Hadith ini menyatakan bahawapenyakit gila adalah diberi pahala yang paling sempurna.
4. Kelebihan orang yang hilang penglihatan.
"Sesungguhnya Allah S.W.T firmanNya : apabila aku mengujikan hambaku dengan menghilangkan dua penglihatan matanya (yang dikasihinya). maka ia bersabar nescaya aku mengganti kepadanya akan syurga”
Rasulullah SAW : Anas R.A
5. Kebaikan dari Allah SWT
"Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan dengannya nescaya Allah mengujikan dengan ditimpa penyakit “
Rasulullah SAW : Abu Hurairah R.A
6. Harus merungut dengan kesakitan.
Firman Allah S.W.T mengenai rungutan Nabi Ayub A.S : “dan(ingatlah kisah)Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya (Ya Tuhanku) sesungguhnya aku telah ditimpa penyakitdan engkau adalah tuhan yang maha penyayang di antara semua penyayang”
0 comments:
Post a Comment