1. Hassan Al Basri menafsirkan hasanah dunia yg sering kita baca dalam doa merujuk kepada ilmu didunia.
2. Imam Syafie berkata "bila aku dapat satu ilmu, aku semakin jahil. " dan "Aku lebih senang berhujah dengan 40 manusia berilmu dari seorang manusia yang jahil".
4. Kalau kita memilih ilmu, ia yang menjaga kita, kalau harta kita yang menjaganya.
5. Mencari ilmu itu fardhu bagi lelaki dan perempuan.
6. Allah mengangkat makam orang yang berilmu dan beriman beberapa darjat berbanding yang tidak berilmu.
7. Dalam hal keduniaan kita mestilah merujuk kepada pakar dalam bidang masing-masing tetapi dalam hal yang bersangkutan dengan agama, kita mestilah merujuk kepada orang yang boleh memahami wahyu Allah SWT, samada Al Quran mahupun Hadis Rasul-Nya.
8. Tujuan berilmu bukan untuk berdebat sehingga wujud sifat mazmumah seperti ujub, tetapi biar ilmu itu membuatkan kita sampai ke tahap takut (taqwa) kepada Allah.
Dan mereka berkata: "Kalaulah (dulu di dunia) kami mahu mendengarkan dan menggunakan akal kami (terhadap peringatan itu), sudah tentu kami tidak akan di masukkan kedalam neraka yang bernyala-nyala". ( Al Mulk: 10)
“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf ayat 179)
24 Okt 2011
0 comments:
Post a Comment