BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 21, 2012

Doa Taqwa


Semoga Allah memberi pemahaman kepada kita akan erti taqwa, semoga kita berjalan di atas muka bumi ini dgn taqwa, amalan yg kita buat rohnya adalah taqwa, kita digolongkan oleh Allah untuk lebih mendalam memahami erti taqwa agar supaya kita menjadi org yg bertaqwa yg dijanjikan oleh Allah, akibat terakhir yg menjadi penghujung nasib yg baik hanya org yg bertaqwa. Lupakan apa sahaja status kita didunia, tanpa taqwa kebaikan atau  nasib yg baik tidak akan memihak kepada kita.

Ya Allah Engkau jadikan nasib yg baik nanti di akhirat nanti hanya kepada org² yg bertaqwa dan bukan org selain mereka. Kami Ya Allah memohon dengan kekurangan, kelemahan dan kedhaifan kami ini Ya Allah agar Engkau melengkapkan kami dgn ketaqwaan sebenar sebagaimana Engkau cintakan org² yg bertaqwa, kami memohon kami memahami erti taqwa dan mengamalkannya.

Ya Allah Engkau hidupkan kami dlm keadaan taqwa beserta  ahli keluarga kami dan seluruh perkampungan ini. Matikan kami dlm keadaan bertaqwa dan  himpunkan kami bersama org² bertaqwa. Jadikan kami org2 yg menunaikan wasiat yg telah Engkau wasiatkan kami dgn taqwa agar kami membawa  bekal  ini untuk kami berjumpa denganmu . Terimalah amalan kami utk kami menitikberatkan ttg kuantiti dan kualiti amal itu. Penuhi amal kami dgn amalan kami dgn amal yg baik. Berkati umur kami ini dgn amalan yg soleh. 

Engkau Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Taufiq, Ya Allah tanpa hidayah dan taufiq drpd Engkau, kami tak dpt nak beramal. Ya Allah tanpa ilmu yg Kau berikan pada kami, kami tak  dpt beramal dgn benar. Tambahkan ilmu kpd kami supaya kami terbimbing dengan ilmu untuk  beramal yg soleh.

Ya Allah tiada tpt untuk kami mengadu memohon dan merayu kecuali kepada Engkau. Sebagaimana Engkau janjikan ditpt seumpama ini untuk diperkenankan setiap hajat yg telah dihajatkan dan dipohon kpd Engkau. Engkau Maha Suci daripada menghampakan kepada sesiapa yg datang kepada Engkau. Bilamana Engkau puji org yg tidak pernah menghampakan kpd org lain,  tentunya Engkau tidak pernah menghampakan sesiapa yg dtg kpdMu. Sebanyak mana hajat dan keperluan kami, sebesar mana permohonan kami, kecil berbanding dgn pemberian  apa yg Engkau boleh berikan. 

Wahai Yang Maha Pemberi, Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Kaya, Wahai Yang Maha Baik, Wahai Yang Maha Pengasih, berikanlah kepada kami  yg menjadi terbaik kpd kami. Penuhi hati kami dengan iman, dgn taqwa,  dgn keyakinan dan kecintaan kpd Engkau dan Rasul yg Engkau kasihi melebihi  dari kecintaan kami selain dari  Engkau dan RasulMu. Berikan kpd kami kemanisan iman dalam keadaan mencicipi manisnya iman, Ya Allah berikan kami kesihatan  kepada kami, lapangkan rezeki, berikan barakah rezeki yg Engkaku berikan kpd kami dan jadikan kami org²  yg sentiasa beribadah kerana Engkau.

- Doa di Majlis Ilmu Surau At Taqwa oleh Habib Ali Zaenal Abidin-

0 comments:

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...