BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2012

Barakahnya Ilmu

Pengajian bermula dirumah hanya 5 ke 6 orang sahaja utk beberapa tahun di rumah. Bayangkan ada sekali tu hanya 1 orang aje yang hadir, yg lain tak datang, tapi Al Habib tak putus asa, tetap sabar mengajar.

Selepas itu bertambah dlm 30 orang dlm beberapa tahun. Oleh kerana ruang yg terhad di apartment Al Habib terpaksa memindahkan pengajian ke Surau al Hidayah di sebelah rumah apartmennya.

Dalam masa 2 tahun di Surau, jemaah semakin bertambah hingga 200 orang. Oleh kerana masalah parking & jemaah yg semakin bertambah Al Habib sekali lagi terpaksa memindahkan pengajian ke Masjid Muadz bin Jabal. Alhamdulillah, kini hampir 1,500 orang yg mengikuti pengajian Al Habib. 


Moga2 kekal disini, tapi akan datang kita tidak tahu, Wallahua’lam. Semua dgn kehendakNya. Marilah sama2 kita doakan kebaikan utk Al Habib supaya kita semua mendapat manfaatnya.


-Ehsan dari Pondok Habib-

Tahun 2012 adalah tahun terbaik untuk saya ditemukan majlis ini,  menerusi seorang sahabat dan dijemput oleh Allah untuk sentiasa istiqamah di sini. Saya berdoa agar Allah terus memberi peluang untuk saya terus duduk di dalam taman-taman syurga bersama orang-orang yg soleh dan didoakan oleh para malaikat. Semoga ilmunya dpt saya amalkan sebagai bekalan untuk negeri akhirat.    
Kalam dari seorang ulama dari Yaman, barakahnya ilmu yg disampaikan  oleh seseorang guru dgn penuh  keikhlasan tertampaknya pada bilangan jemaahnya yg semakin berkembang.

0 comments:

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...