Iltizam mencari cahayaBangkitlah dari lenamu wahai hamba
Sucikan dirimu agar tenang jiwa
Mulakan perjalanan malam yang setia
Ini temujanji insan dengan Tuhan
Menyiagakan akhirat dengan bekalan
Mengubah hati ke arah keikhlasan
Bukan seperti membalikkan tapak tangan
Panji-panji taqwa harus ditegakkan
Carilah Dia dalam munajatmu
Merindu
Mengadu
Merayu
Membuai hati dalam sendu
kerana pada insan tidak akan kau ketemu
Selayaknya Dia...
As Sami, As Samad, Al Wakil, At Tawwab
Sujudlah dalam tahajud cinta
Karya cinta paling Agung
Tidakkan pernah menyingkir insan
selagi ingin mengubah sempadan,
selagi punya doa dan harapan,
selagi punya keimanan.
zarea106
Jumaat Malam
30 Jun 2011
Jumaat Malam
30 Jun 2011




0 comments:
Post a Comment