BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 29, 2011

Tanah Kita

Manusia tidak mengenal kelas dan kedudukan disitu. Tetapi di tanah perkuburan itu, kemuliaan ditinggalkan dan darjat dilupakan. Disini tidak ada hamparan merah untuk yang bernama dan bergelar. Atau yang turun dari istana. Sebab di sini, yang ada hanya manusia yang mencari keinsafan selain menunaikan tanggungjawab menyedekahkan Al Fatihah dan bacaan ayat suci lainnya kepada yang dikasihi dan diingati.

Agaknya selain Padang Arafah, apabila semua manusia berpakaian sama semasa musim haji, di tanah perkuburanlah terletak kesamarataan yang sebenar. Di tanah perkuburan ini, kasut yang paling mahal tidak ada harganya. Selipar jepun sebenarnya lebih baik digunakan. Kalau tidak pun capal murah dari Jalan Masjid India.

Di sini juga makna kekeluargaan begitu dihargai. Orang yang dikasihi mungkin sudah pergi berpuluh tahun tetapi entah mengapa mereka jadi begitu dekat. Agaknya inilah tempat yang paling baik untuk menjadi 'humble' dan sederhana atau untuk menyedarkan diri.

- Johan Jaafar-
Nota Kaki
Sabda rasul SAW: "Ziarahilah kubur, sesungguhnya kubur itu mengingatkan kpd kematian"
Hadis riwayat Muslim dpd Abu Hurairah.

"Aku dahulu telah menegah kamu menziarahi kubur, maka kini ziarahilah kubur; kerana dgn menziarahinya menambahkan kezuhudan kpd dunia dan mengingatkan kamu tentang akhirat." Hadis riwayat ibn Majah dan al Hakam dpd ibn Mas 'ud radiallahu anhu.

0 comments:

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...