Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 menerangkan perkara ini:
{شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ}

Maksudnya: Bulan Ramadan yang telah diturunkan di dalamnya akan al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan dari petunjuk tersebut serta pemisah (antara kebenaran dan kebatilan) maka sesiapa yang menyaksikannya daripada kalangan kamu maka berpuasalah dia dan sesiapa yang sakit atau dalam dalam perjalanan safar maka gantilah pada hari-hari selain (Ramadan), Allah inginkan kemudahan untuk kamu dan Dia tidak ingin menyusahkan kamu, (disyariatkan puasa Ramadhan) juga supaya kamu membesarkan Allah kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu dan begitu juga supaya kamu bersyukur.
Hari raya Aidilfitri yang sebenar hanyalah pada 1 Syawal tetapi oleh kerana tempoh yang singkat tersebut tidak cukup untuk amalan ziarah menziarahi maka di Malaysia dan di beberapa negara lain menyambutnya berhari-hari bahkan mencecah hingga akhir bulan Syawal. Namun, hari raya yang dianggap ibadat hanyalah pada 1 Syawal. Antara hikmah disyariatkan berpuasa ialah untuk bertakbir pada hari raya. Seterusnya, hadis pula menjelaskan tentang tempoh takbir dan lafaz sebutan takbir tersebut. Selain itu, oleh kerana hari raya adalah ibadat yang bersifat 'happy' dan 'bergembira' mengikut adab-adab syariah maka diharamkan berpuasa pada hari itu.
Di akhir ayat telah dijelaskan tentang hikmah hari raya. Pertama ialah untuk umat Islam membesarkan Allah SWT. Membesarkan Allah bukan kerana sudah bebas dari kekangan lapar di bulan Ramadan tetapi membesarkan Allah dan memuji-mujinya kerana telah memberi hidayah. Hidayah apa? Hidayah di sini terbahagi kepada dua iaitu hidayah atau petunjuk al-Quran yang Allah SWT telah turunkan, sama ada diterima oleh umat manusia atau tidak dan hidayah yang telah dianugerahkan kepada mana-mana individu yang dapat dinikmatinya.
Hikmah kedua ialah supaya umat Islam bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Bukan nikmat dunia sahaja, bahkan yang paling utama ialah nikmat iman dan Islam.
Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah hidayah dan syukur. Sifat sentiasa merasa penting untuk menjaga hidayah yang telah dikurniakah oleh Allah SWT dan sifat sentiasa mensyukuri nikmat Allah dari semasa ke semasa adalah yang ditekankan oleh ayat tersebut. dalam erti kata yang lain, umat Islam diperintah supaya sensitif dengan isu hidayah dan diperintah untuk mensyukuri anugerah hidayah itu dengan menjaga ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya SAW.
Setelah difahami ayat tersebut, marilah berfikir sejenak sejauh mana kesan hidayah dan ketaatan dari hari raya ini yang telah dapat kita hayati. Adakah hari raya lebih menjauhkan diri kita dari Allah atau lebih mendekatkan diri kita kepada Allah? Adakah dengan sebab menziarahi sanak saudara menyebabkan kita meninggalkan solat atau melambat-lambatkan solat? Adalah dengan sebab hari raya perkataan baik kita lebih banyak atau perkataan sia-sia yang lebih banyak? Adakah dengan sebab hari raya kita banyak bersedekah atau kita lebih banyak membazir? Setiap Muslim ada jawapan dalam diri masing-masing.
Artikel ini tidak ingin menyalahkan budaya berhari raya yang berlaku di Malaysia atau di mana-mana tetapi artikel ini hanya ingin mengajak pembaca untuk berfikir tentang hakikat hari raya yang sepatutnya, hikmah disyariatkan hari raya dan sejauh mana hari raya telah disalahgunakan kemudian berusaha untuk membaikinya.
Semoga Allah SWT memberi petunjuk hidayah kepada penulis dan pembaca serta seluruh umat Islam untuk benar-benar mencari hidayah dan kesyukuran yang telah banyak hilang dan dilupakan pada hari raya.

Arradhi - Al Fikrah.net

0 comments:
Post a Comment