BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 20, 2009

Mencari Positif Di Sebalik Negatif

Sesungguhnya kita patut bersyukur....

  1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
  2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada dirumah, bukan dijalanan berpeleseran.
  3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. Untuk pakaian yang kita dah tak muat, bermakna kita masih boleh mendengar.
  5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
  6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu kita masih boleh mendengar.
  7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
  9. Untuk tempat letak kereta yang jauh dari lift, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
  10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut....

JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA, BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT
DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA Y ANG KITA ADA.

0 comments:

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...