Semoga Allah memberi pemahaman
kepada kita akan erti taqwa, semoga kita berjalan di atas muka bumi ini dgn
taqwa, amalan yg kita buat rohnya adalah taqwa, kita digolongkan oleh Allah
untuk lebih mendalam memahami erti taqwa agar supaya kita menjadi org yg
bertaqwa yg dijanjikan oleh Allah, akibat terakhir yg menjadi penghujung nasib yg
baik hanya org yg bertaqwa. Lupakan apa sahaja status kita didunia, tanpa taqwa
kebaikan atau nasib yg baik tidak akan
memihak kepada kita.
Ya Allah Engkau jadikan nasib yg
baik nanti di akhirat nanti hanya kepada org² yg bertaqwa dan bukan org selain
mereka. Kami Ya Allah memohon dengan kekurangan, kelemahan dan kedhaifan kami
ini Ya Allah agar Engkau melengkapkan kami dgn ketaqwaan sebenar sebagaimana
Engkau cintakan org² yg bertaqwa, kami memohon kami memahami erti taqwa dan
mengamalkannya.
Ya Allah Engkau hidupkan kami dlm
keadaan taqwa beserta ahli keluarga kami
dan seluruh perkampungan ini. Matikan kami dlm keadaan bertaqwa dan himpunkan kami bersama org² bertaqwa. Jadikan
kami org2 yg menunaikan wasiat yg telah Engkau wasiatkan kami dgn taqwa agar kami
membawa bekal ini untuk kami berjumpa denganmu . Terimalah
amalan kami utk kami menitikberatkan ttg kuantiti dan kualiti amal itu. Penuhi
amal kami dgn amalan kami dgn amal yg baik. Berkati umur kami ini dgn amalan yg
soleh.
Engkau Maha Berkuasa dan Maha
Pemberi Taufiq, Ya Allah tanpa hidayah dan taufiq drpd Engkau, kami tak dpt nak
beramal. Ya Allah tanpa ilmu yg Kau berikan pada kami, kami tak dpt beramal dgn benar. Tambahkan ilmu kpd kami
supaya kami terbimbing dengan ilmu untuk beramal yg soleh.
Ya Allah tiada tpt untuk kami
mengadu memohon dan merayu kecuali kepada Engkau. Sebagaimana Engkau janjikan ditpt
seumpama ini untuk diperkenankan setiap hajat yg telah dihajatkan dan dipohon
kpd Engkau. Engkau Maha Suci daripada menghampakan kepada sesiapa yg datang kepada
Engkau. Bilamana Engkau puji org yg tidak pernah menghampakan kpd org lain, tentunya Engkau tidak pernah menghampakan
sesiapa yg dtg kpdMu. Sebanyak mana hajat dan keperluan kami, sebesar mana
permohonan kami, kecil berbanding dgn pemberian apa yg Engkau boleh berikan.
Wahai Yang Maha Pemberi, Wahai
Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Kaya, Wahai Yang Maha Baik, Wahai Yang Maha
Pengasih, berikanlah kepada kami yg
menjadi terbaik kpd kami. Penuhi hati kami dengan iman, dgn taqwa, dgn keyakinan dan kecintaan kpd Engkau dan
Rasul yg Engkau kasihi melebihi dari kecintaan
kami selain dari Engkau dan RasulMu.
Berikan kpd kami kemanisan iman dalam keadaan mencicipi manisnya iman, Ya Allah
berikan kami kesihatan kepada kami,
lapangkan rezeki, berikan barakah rezeki yg Engkaku berikan kpd kami dan
jadikan kami org² yg sentiasa beribadah kerana
Engkau.
- Doa di Majlis Ilmu Surau At Taqwa oleh Habib Ali Zaenal Abidin-
0 comments:
Post a Comment