Zuhud ialah apabila harta orang adalah harta orang dan harta kita kalau boleh hendak diberi jua kepada orang lain. Hendaklah kamu zuhud hak dalam tangan orang lain, maka Allah dan manusia akan sayang. Zuhud itu kalau kamu ada kamu sabar dan kalau kamu tiada kamu dahulukan hak orang lain.Zuhud didunia bukan bermakna kamu mengharamkan yang halal. Contohnya tidak mahu tidur, tidak mahu berkahwin dan berpuasa setiap hari semata-mata kerana beribadah. Zuhud itu bukan kamu membuang harta benda kamu tetapi zuhud di dunia itu jangan kamu jadikan apa yang ada dalam tangan kamu lebih dari apa yang ada dalam tangan Allah. Jangan kedekut bersedekah kerana apa yang Allah ada lebih besar untuk diberikan kepada kita. Zuhud itu juga bila kita ditimpa musibah kita mengharapkan pahala dari Allah S.W.T dan jikalau sakit tidak mengeluh-ngeluh bahkan bersyukur.
-Abu Dzar Al-Ghifari
0 comments:
Post a Comment