1 Adakah boleh pindah harta zakat dari sebuah negeri ke negeri yang lain? Contohnya tinggal di KL tetapi hendak bayar di kampung.
-Hukum memberi zakat adalah kepada orang² miskin di negeri² tempat kita tinggal. Contoh jika berniaga di Dubai harus mencari fakir disitu juga. Kalau tiada, carilah di negeri² berkaitan.
2. Namun begitu adakah salah memindahkan zakat dari KL ke negeri kelahiran?
- Bahawa boleh pindahkan zakat ke negeri lain sekiranya ada orang tidak berhak di negeri kita mencari rezeki. Yang paling penting siapa penerima bukan di negeri mana.
Mazhab Hanafi
- harus pindah zakat dari 1 negeri ke negeri lain sekiranya orang yang hendak diberikan adalah kerabat yg sangat berhajat. Contoh: Di negeri kita itu ada sepupu yang susah atau perlukan wang maka boleh, kerana membantu kaum kerabat itu lebih aula.
- jika ada orang di negeri lain itu ada fakir miskin sudahlah miskin anaknya pula sakit maka orang begini lebih berhajat dan perlukan bantuan.
3. Boleh sekiranya memindahkan zakat sekiranya negeri di tpt² kita bekerja adalah dikuasai oleh orang² kafir. Contoh: Di Singapura pemerintah kafir. Orang Islamnya pula kaya raya maka bolehlah memindahkan zakat ke JB.
4. Boleh memberi zakat kepada orang² yang menuntut ilmu. Contoh: Pelajar² Islam dari negara kafir tetapi memerlukan bantuan sara hidup.
5. Bolehkah bayar zakat 'direct' tanpa melalui pejabat² zakat contoh nak beri pada Ali tetapi sudah meninggal, maka adalah tidak boleh. Selainnya: Orang yg tiba² kafir/murtad, org yg miskin tetapi tidak solat, minum arak dikhuatiri dia salahguna zakat untuk tujuan maksiat.
6. Boleh atau tidak orang yg sudah layak (berhak) keluarkan zakat tetapi berhutang dengan orang.
- Zakat ke mana pun ia FARDHU. Wajib bagi orang yang cukup nisab & haul.
Para fuqaha menyatakan, seseorang yang ada harta dan berhak berzakat tetapi dia ada berhutang dengan mana² individu maka ia wajib dimulakan dgn membayar hutang dahulu. Setelah dibayar tengok baki yang ada sekiranya lebih 2.5% maka wajib berzakat.
Lewat bayar hutang dengan orang berdosa. Orang yang berhutang jika mati & tidak dilunaskan maka rohnya tergantung di antara langit & bumi walaupun dia mati shahid.
Orang yang berhutang bukan orang yang 'kaya' kerana dia bukan pemilik harta itu.
Tidak ada zakat melainkan dari orang kaya sahaja & dikembalikan kepada orang miskin.
6. Apakah itu zakat fitrah dan bila disyariatkan?
-Dinamakan dengan fitrah kerana di akhir Ramadhan ada Fitri. Kadangkala dikira zakat kepala, kira berapa kepala yg ada dalam rumah termasuk kanak². Lazim dibayar oleh ketua rumah.
Hikmahnya:
1. Untuk menyempurnakan puasa Ramadhan kita.
2. Untuk menolong orang² miskin.
3. Supaya orang² miskin boleh menyambut Aidilfitri dengan gembira.
Sewaktu kita berpuasa mungkin ada percakapan 'Lagho' maka hendak mencucinya dengan zakat.
Bayaran zakat mestilah makanan ruji/asasi sesebuah negara dan harus bayar dengan wang tunai.
7. Siapa yang wajib dibayarkan zakat?
- Yang kita tanggung iaitu isteri, anak² yang belum bekerja, khadam & bibik :) Termasuk anak dara kita walaupun sudah bekerja asal tidak berkahwin maka wajib ketua keluarga bayarkan, kecuali dia meminta kebenaran dari bapa untuk bayar sendiri. Setiap orang gaji yang duduk serumah kecuali orang gaji yang tidak berkhidmat 24 jam dengan kita. (tinggal di luar)

Kuliah Bersama Ustaz Fauzi
Maaf jika ada kekhilafan mencatit.
0 comments:
Post a Comment