BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 2, 2011

Jauh...Aku Ingin Dekat

Aku bersamaNya setiap waktu
Kadang-kala dia jauh walau Dia dihatiku
Lantaran aku sendiri meminggirNya
dengan kesombonganku yang bertapa

Aku di uji lagi dengan peperiksaan kehidupan
Engkau banyak sekali mengingati agar aku ulangkaji
Tapi aku insan degil kadangkala terpedaya dengan dunia
Engkau datang menjengokku dengan cahaya
Memberi kasih sayang tiada tara
Pada hambaMu ini yang berpaling seketika

Setiap kali ujian pergi,
Aku sejenak terdetik...
Tidak pernah Dia tinggalkan aku,
Tidak pernah Dia limitasi nikmatNya padaku
Sewenangnya aku pula mendustai cintaNya itu

Ada hikmah tiada lagi terhijab dimataku
Subhanallah cinta Agung itu sangat menyentuh kalbu
Maka aku kembali menautkan cinta Ar Rahman
Setiap kali tergelincir dari landasan keimanan

Aku mohon ampun
Mohon ampun dan mohon ampun
Kerana aku tidak mampu menghitung
apa jua nikmatMu walau sebesar hama

Ya Tuhanku,
Pautan kehidupan ini hanya padaMu
Sebaik-baik penolong Engkaulah Ya Rabb
Tiada lain untuk aku merintih dan merayu
Mohon ditemani, dilindungi dan dirahmatiMu

Dalam perjalanan yang mungkin pendek
atau masih panjang...
Aku hanya perlu siapkan bekalan
Sebagai syarat indah pertemuan
Aku mahu sampai di akhir garisan
Dengan maghfirahMu
kasihani aku ya Tuhan.

zarea106
Jumaat Malam
2 Jun 2011

0 comments:

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...