Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa beliau pernah bersabda:
Barang siapa di pagi hari mengeluhkan kesulitan hidupnya (kepada orang lain), bererti seakan-akan dia mengeluh kepada Rabbnya.
Barang siapa di pagi hari bersedih kerana urusan duniawinya. Bererti sungguh di pagi itu dia tidak puas dengan ketetapan Allah.
Barang siapa menghormati seseorang kerana kekayaannya. Sungguh telah lenyaplah 2/3 amalannya.
Melakukan syikayah (pengaduan) atas nasib buruk yang dialami seseorang kepada orang lain termasuk tanda tidak redha atas bahagian yang telah diberikan oleh Allah.
Kita tidak boleh melakukan syikayah, kecuali kepada Allah, sebab syikayah kepada Allah termasuk bentuk do’a. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam riawayat dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah bersabda:
“Mahukah aku ajarkan kepada kalian beberapa kalimat yang diucapkan oleh Nabi Musa ketika menyeberangi lautan bersama Bani Israil? Kami (para sahabat) menjawab: tentu saja mahu ya Rasulullah. Beliau bersabda ya Allah segala puji hanya bagi Mu: hanya kepadaMu lah kami mengadu: dan hanya kepada Mu lah kami memohon pertolongan. Tiada daya (untuk menjauhi maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat) kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha tinggi lagi Maha agung”




0 comments:
Post a Comment