
Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga kalau sehelai rambut bidadari jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau perfume wanita). Kalau cantiknya bidadari pun tidak terbayang dengan akal fikiran, jauh sekali hendak membayangkan cantiknya syurga, apalagi hendak membayangkan betapa cantiknya Allah.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia.
Rasulullah bersabda; “jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh, niscaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.”(HR ath-Thabrani dari Anas bin Malik). Ikrimah berkata: “Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut.
ABU SAID R.A. MENGATAKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD: “SIAPA YANG MATI DARI ORANG-ORANG YANG AKAN MASUK SYURGA, BAIK MUDA ATAU TUA, AKAN DIKEMBALIKAN SEBAGAI ORANG YANG BERUSIA TIGA PULUH TIGA TAHUN TIDAK LEBIH DARIPADANYA.”(AL-HADIS)
ANAS BIN MALIK R.A. MENGATAKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD: “KELAK AKAN DIBANGKITKAN ORANG-ORANG AHLI SYURGA SEBAGAIMANA BENTUK ADAM A.S. DALAM USIA NABI ISA A.S. TIGA PULUH TIGA TAHUN. LICIN MULUS TIDAK BERJANGGUT DAN TIDAK BERMISAI. MATANYA SEPERTI BERCELAK; MEREKA DIBERI PAKAIAN YANG TIDAK AKAN LAPUK DAN ROSAK.”(AL-HADIS)
0 comments:
Post a Comment