BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 27, 2010

Pintu Kebaikan

Sebaik2 manusia ialah manusia yang boleh memberi manfaat kpd org lain. Duduklah dimana pun, berilah manfaat kepada org.

Kenapa kita boleh tersenyum org lain boleh menangis kerana kehilangan kita…ini adalah kerana ketika hidup kita banyak memberi kebaikan kepada org lain. Hiduplah seperti lilin jgn seperti duri. Yg penting bukan berapa lama kita hidup ttp yg penting bagaimana kita hidup.

Kita hanya hidup sekali sahaja didunia ini tetapi jika kita hidup dgn betul…sekali hidup pun sudah cukup dari banyak kali hidup ttp di sumpah manusia.

Berlumba2lah untuk buat kebaikan. Buatlah baik walaupun kita niat tak baik. Allah Maha Mengetahui niat dlm hati kita. Walaupun 1000 org disekeliling kita tak tau niat dihati kita, hanya Allah yg tau. Org budiman ialah org yg akan merasa gembira bila dia dpt member kebaikan kpd org lain , dlm masa yg sama dia merasa malu menerima kebaikan dari org lain.

Kalau kita rasa ada pintu lain terbuka untuk kita taburkan kebaikan silakan ke pintu tersebut. Sbb Allah Taala jadikan kita disana ada kebaikan disini ada kebaikan. Berilah kebaikan jgn hanya menerima kebaikan. Sesungguhnya kita pasti akan mati. Cinta lah sesiapa pun yg kita suka sesungguhnya kita pasti akan berpisah darinya. Lakukanlah apa sahaja yg kita kehendaki sesungguhnya kita akan terima balasannya. Kalau baik balasannya baik, kalau buruk balasannya buruk.

Apabila kita ingin melakukan kebaikan ada hati yg tidak suka, mual, irihati, meluat, menyampah dan buruk sangka. Hassan Al Bana pernah berkata “Jadilah kamu seperti pokok org baling dengan kayu tetapi dibalas dengan buah”. Orang jahat ada dimana2 sahaja. Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan maka itu dendam namanya. Kebaikan dibalas kebaikan itu perkara biasa namanya. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan itu zalim namanya. Jika kejahatan dibalas dgn kebaikan itu terpuji namanya. Jadilah org terpuji.

Orang yg berhijrah dia merenung masa depan. Bila kita lahir Allah beri kita 2 mata. Pepatah menyebut, dlm masyarakat manusia ada binatang. Dlm masy. binatang tidak ada manusia. Jgn terlalu memikir pandangan org terhadap kita tetapi fikir pandangan kita terhadap diri kita sendiri. Kita yg membawa hidup kita. Allah beri roh, jasad, nafsu , akal ..siapa drivernya..kitalah driver ke mana hendak bawa hala tuju kita.

Kdg2 org terlalu memikir kesan dan akibatnya…..begini begini begini. Org yg terlalu memikir akibat dari hasil satu tindakan atau keputusan sampai bila2 pun dia takkan berani dlm hidup. Hidup ini adalah ujian. Ibarat seperti air laut ada pasang surut. Ibarat roda. Kdg2 org marah, benci, dengki dan bodek kita. Kdg2 org lain bodek org lain kita kena tempias buruknya. Yg pasti kalau Allah beri kita 2 mata…yg berada di wajah kita untuk kita toleh kehadapan. Tetapi Allah juga kita beri 2 telinga di kiri kanan supaya kita boleh mendengar semuanya pujian dan kritikan. Kita lahir dgn 1 otak. Seorang pun tak boleh curi akal dan idea kita. Kerana tiada yg tahu apa yg dalam fikiran kita. Apa yg dlm otak kita lebih berharga dari emas permata. Emas permata org boleh curi tetapi tidak akal fikiran kita. Dlm masa yg sama Allah beri kita 1 mulut. Mulut biasanya menyakiti org. Buka saja mulut Malaikat Raqib dan Atib berebut membuat catitan. Sedikitkanlah berckp, bnykkan melihat dan mendengar. Itu lebih baik sebenarnya bagi org Islam. Umar Al-Khattab bekata “ bnyk berckp banyak salah..banyak salah banyak dosa”.

Apabila di buka pintu kebaikan di situ ada nikmat. Kita tidak tahu apa yg kita miliki hingga kita kehilangannya. Nikmat Tuhan ada dimana2. Ada ungkapan “ Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan org yg salah sebelum berjumpa dengan insan yg betul, akhirnya apabila berjumpa dgn yg betul kita akan bersyukur”.

Kuliah Maghrib Masjid Sg Besi
-Ustaz Fauzi Mustafa-

0 comments:

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...