BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 31, 2008

Sultan Muhammad Al Fateh

"Tiada siapa yang akan dapat membuka Kota Constantinapol (Kota Istanbul), kecuali seorang raja yang sebaik-baik raja, dibantu oleh tentera sebaik-baik tentera dan mempunyai rakyat sebaik-baik rakyat, " sabda Rasulullah SAW. Hanya selepas 700 tahun ia dapat dibuka oleh Sultan Muhammad Al Fateh.

Kisahnya...
Sewaktu sudah mendapat jalan dan berjaya memasuki sebahagiannya dan ketika mencari akal untuk membuka pintu kota itu, Sultan Muhammad Al Fateh masih lagi berfikir. Dengan tidak semena-mena seorang tentera Al-Qurannya, iaitu Hassan telah terjun ke laut dan menghampiri pintu tersebut. Setelah berjaya dia terkorban disitu. Maka berjayalah dan benarlah sabda Rasulullah SAW tidak sampai dua jam kota itu ditawan iaitu pada hari Selasa bertarikh 29 May 1453 tepat jam 12 tengahari.

Setelah selesai, Sultan Muhammad Al Fateh mengambil tanah dan mengusapkan ke dahi Hassan. Katanya, "Sesungguhnya kalau aku ini bukan Muhammad Al Fateh, aku lebih rela menjadi Hassan yang syahid. Ya! Rasulullah, inilah sahabatmu.....sesungguhnya aku malu."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Sultan Muhammad Al Fateh ini diceritakan sebagai catitan pengembara di dalam rancangan Pengembara Radio 1 yang saya catitkan pada tengah malam 14 Ogos 1996. Ketika mencatit menitis air mata saya kerana begitu tersentuh.
AllahuAkhbar. Jika ada tersilap fakta ampunkan saya.

0 comments:

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...