BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 18, 2007

WORDS CAN BE WONDERFUL

"Masa depan yang cemerlang bukan untuk org yang bijak sahaja,
tetapi kelebihan kepada mereka yang berazam"
-JAMES FARENTINO-

'Menerima kekalahan kerana menyelamatkan nyawa
merupakan satu kemuiaan."
-BEST OF THE BEST-

"Bila kita dilahirkan kita sudah berjuang antara
harapan dan putus asa"
-CITY OF JOY-

"Pilihan yang kita buat akan menentukan hidup kita.
Membunuh diri bukanlah jawapannya, ramai yang
bangun dan berjaya dengan diri sendiri."
-RENAISSANCE MAN-

"Mesti ada alternatif sekiranya timbul masalah.
Jangan noktah terlalu awal."
-KOLEJ KE 3 UM-

"Hakikat alam sebenarnya suatu kesempurnaan
yang cukup indah."
-MAJALAH 3-

"Untuk menempa kejayaan tiada batasnya,
jika anda tidak berjaya , tidak bermakna anda gagal.

Apabila telah mencuba sedaya upaya anda tidak gagal."

-CARL LEWIS-

"Masa lalu harus di pandang sebagai setitik noktah
diatas sehelai kain putih dimana kita masih
ada kesempatan utk menghapuskannya."
-JON BON JOVI-

"Jika kita boleh hidup dalam zaman susah,
kita akan hidup sepanjang zaman"
-HISHAMUDIN YAACOB-

"Erti penting manusia bukan apa yang ingin dicapai,
tapi lebih pada apa yang ingin di raihnya"

"Hantukkanlah kepalamu ke dinding sekalipun
tidak akan berguna, jika hatimu mati."

"Mereka diam2 menemui maut, kerana kemanusiaan
memekakkan telinganya daripada mendengar tangisan mereka."
-KAHLIL GIBRAN-

"Bila kita benar2 miskin, apa yang kita lihat ialah
sesuatu yang tidak akan kita perolehi. Dan perkara yang sukar
utk kita mendptkannya, amat memeritkan bila kita kehilangannya."
EDWARD FURLONG
-A Home Of Our Own-

""Tidak ada istilah yg sebegitu infiniti di dalam dunia ini ,
kebebasan burung pun ada batasannya, langit yg tinggi
itu sekalipun tetap menjadi sangkar buatnya."
-MASIH KU INGAT-

"Dalam dunia apa saja pekerjaan yg penting adalah "SKILL",
komputer hanya alat memudahkan. Fizikal bukan menjadi
ukuran, begitulah hebatnya TUHAN."
-KOMIK CHANGKOK-
15.6.1997

"Maafkan diri sendiri pada kesilapan lalu.
Kamu tidak akan hidup jika kamu tidak melalui kesilapan."
-RICHIE RACHMAN-

"Dalam hal2 tertentu di dunia ini, bukanlah sengaja
utk kita mengalirkan airmata tetapi itulah keikhlasan."
-ZAINAL RAHMAN-
Selamat Pagi Malaysia

Ilmu tanpa iman seperti kapal tanpa kemudi.
Haluan jadi tidak menentu,akhirnya sesatlah pelayaran.
Iman ibarat kompas org berilmu utk sampai tepat ke destinasi.
Iman lebih tinggi drpd ilmu spt langit lebih tinggi drpd
puncak gunung. Tanpa membirumya langit, puncak gunung
tidaklah indah.
-AL-QIADAH-

"Penyesalan krn lambat mengambil keputusan sesungguhnya
lebih baik dari penyesalan krn terburu2 mengambil keputusan."
970715

"Hidup ini resah gelisah bagi kita yg lemah tetapi satu
anugerah pada mereka yang tabah."
970716

"Percayalah amat memeritkan bila kita ingin memulakan satu
permulaan, tetapi lebih memeritkan lagi utk kita mengekalkan
permulaan yang dibina.
970717

"Kita akan hanya merasa kehilangan sesuatu apabila
kita meletakkan nilai yang tinggi padanya."
971227

- ANDY HAKIM-
Time Highway Radio

"Apabila kita cuba mengambil semua, sesuatu yg bukan
milik kita, akhirnya kita tidak akan memperolehi apa2"
-DR.MAHATHIR-

"Sungguhpun hari ini kita lebih senang, tetapi
kadang kala kita lupa bagaimana ia bermula."
-PETRONAS 31 OGOS-

"Kita melihat dunia bukan seperti adanya,
tetapi mengikut keadaan kita."
-DR.FADZILLAH KAMSAH-

"Jgn terlalu memikirkan kekecewaan hari ini,
hingga melupakan kebahagiaan hari esok."
-RAMONA RAHMAN-
fENOMENA

"Dalam banyak perkara penting utk kita melihat, supaya
kita boleh percaya. Namun ada sesetengah perkara
di dunia ini yg tidak dapat dilihat tetapi kita
perlu mempercayainya."
-SEAN FITZGERALD-
The StoryBook

"Org tidak perlu mati semata2 krn mencari kemashuran ,
membuktikan diri atau digerakkan oleh obsesi
peribadi tertentu."
-JOHAN JAAFAR-

"kalau esok jua hidup dijengok kematiian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dalam pengembaraan."
-DHARMAWIJAYA-

"Sesuatu tidak akan menjadi kenyataan
semata2 kerana anda menginginkannya."
-THE WORMKILLERS-

"Lebih baik mati berdiri dari hidup berlutut."
-ERNESTO CHE GUEVERA-

"Jika pendidikan itu mahal, kejahilan itu lebih tinggi
harganya...kerana dgn kejahilan seseorg itu lebih
mudah diperbodohkan dan diperhambakan."
-HJ EDWARD KERR-
Mororian

"Anda tidak perlu memakai sesuatu di lengan,
utk mendapatkan harga diri."
-TOM CRUISE-
A Few Good Men

"Saya membesar tanpa wang, tetapi saya bahagia.
Walaupun situasi berubah dgn saya mampu
memperolehi apa sahaja....
Saya bukanlah seorang yg materialistik."
-RONALDO-

"Tekanan bukan datang dari sukan, tetapi
juga di jalanan. Seorang ibu yg tidak mempunyai
wang utk membesarkan anak mereka juga adalah
satu tekanan."
-JOSE LUIS CHILAVERT-

"Apabila kita meletakkan kesalahan kita lebih besar
daripada org lain , kita akan lebih mudah memaafkan."

"Allah mengurniakan masalah kpd kita krn Dia tahu
kita boleh menghadapinya. Selemah-lemah usaha
yg kita boleh lakukan setelah berusaha mengatasinya
ialah dengan menganggap itu sbg takdir."
-SHEILA LAMA-

"Saya selalu ingatkan diri sendiri, jika ALLAH sentiasa
memberikan dugaan kpd kita, ertinya Allah sayang akan kita.
Setiap kali kita dapat keluar drpd dugaan , itulah
kemenangan kita sebenarnya."
-DATIN HARTINI OSMAN-

"Kita kena hormat org lain, walaupun org itu
nampak tak penting dalam hidup kita."
-BAJU PENGANTIN KAK LONG-

"Jika anda melihat tahun2 yg berlalu, dan tiada
perasaan gembira atau tangisan
anggaplah ia tahun pembaziran."
-ALLY MC BEAL-

1 comments:

komikku sederhana said...

wah...!! kutipan-kutipan yang mencerahkan.saya punya kutipan pribahasa bagus nih "gagal dalam perencanaan sama dengan merencanakan ke gagalan"

eh... gimana kabarnya malaysia sekarang,lihat di tv kaya lagi banyak demo...?

EQUILIBIRIUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...